BEDDU, SALMIA (2012) THE EFFECTS OF USED ENGINE OIL AS CHEMICAL ADMIXTURE ON VARIOUS TYPES OF CONCRETE. PhD. thesis, UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS.
SALMIA_BINTI_BEDDU.pdf
Download (477kB)
Abstract
Kebolehaliran konkrit yang baik merupakan salah satu ciri penting ke arah kemudahkejaan, perletakan dan memudahkan penyingkiran liang udara yang tidak diperlukan. Ini dapat dicapai dengan penggunaan bahan tambah pengurang air atau
superplasticizer (SP). Narnun begitu, bahan tambah tersebut adalah mahal sekaligus meningkatkan kos pengeluaran konkrit. Tambahan pula, lebih daripada 50% minyak
enjin terpakai (MET) terutama dari industri automotif dibuang secara berleluasa.Laporan terdahulu menyatakan bahawa kebocoran MET ke dalam simen, pada unit
penghancur lama didapati mempunyai ketahanan lebih baik kepada fenomena pembekuan dan pencairan dan dapat meningkatkan ciri konkrit. Tujuan utama kajian
ini adalah untuk mengenalpasti kesan MET sebagai bahan tambah kimia ke atas beberapa jenis konkrit iaitu OPC, MIRHA dan SF dan dibandingkan dengan SP. Empat puluh campuran dianalisa. Penyiasatan ke atas ciri konkrit awal iaitu kebolehkerjaan dan kandungan udara dalam konkrit diuji bagi mendapatkan petunjuk awal kualiti konkrit Nilai kebolehkerjaan (ujian jatuh) bagi semua jenis konkrit
mengandungi MET dan SP meningkat dengan pertambahan peratusan. Kandungan udara konkrit mengandungi MET meningkat sehingga 1% penggunaan dan SP mengurangkan kandungan udara konkrit. Ciri mekanikal dan ketahanan, iaitu
kekuatan mampatan, kekuatan tegangan, jumlah liang dan penusukan klorida diuji dan keputusan yang diperolehi adalah sebanding dan menunjukkan persamaan dan potensi
untuk berfungsi sebagai SP kerana tiada perbezaan ketara didapati pada kedua-dua bahan tambah tersebut. Kesan penggunaan MET terhadap prestasi struktur papak
konkrit bertetulang yang mengandungi MET dan SP. Keputusan menunjukkan 20-30% lebih tinggi berbanding konkrit biasa. Pendedahan kepada suhu tinggi menunjukkan peratus penman kekuatan konkrit mengandungi MET adalah sebanding berbanding SP. Komposisi kimia MET dan SP juga di analisa dan didapati bahawa kandungan SO3 menyumbang peratusan yang signifikan dalam peningkatan
Item Type: | Thesis (PhD.) |
---|---|
Depositing User: | Users 6 not found. |
Date Deposited: | 30 Jul 2012 15:42 |
Last Modified: | 25 Jan 2017 09:40 |
URI: | http://utpedia.utp.edu.my/id/eprint/3331 |