ISLAMIC CRITICAL THINKING: A STUDY ON THE PERCEPTION OF MUSLIM ENGINEERING STUDENTS IN MALAYSIAN IDGHER LEARNING INSTITUTIONS

ENDUT, MOHD NURI AL-AMIN (2013) ISLAMIC CRITICAL THINKING: A STUDY ON THE PERCEPTION OF MUSLIM ENGINEERING STUDENTS IN MALAYSIAN IDGHER LEARNING INSTITUTIONS. PhD. thesis, University Of Malaya.

[thumbnail of 2013 PhD - Islamic Critical Thinking - A Study on the Perception of Muslim Engineering Students i.pdf] PDF
2013 PhD - Islamic Critical Thinking - A Study on the Perception of Muslim Engineering Students i.pdf

Download (7MB)

Abstract

Pemikiran kritis adalah satu kaedah intelektual yang sangat penting bagi membolehkan
kita menstruktur hujah, menilai kredibiliti sumber, menganalisa andaian, atau membuat
keputusan dalam pelbagai konteks. Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu takrifan
konseptual untuk pemikiran kritis Islam terutamanya dari unsur-unsur spiritual,
epistemologi dan aksiologi untuk membezakannya daripada konsep pemikiran kritis
Barat yang dominan. Kajian ini juga akan melihat kepada pengettian dan kefahaman
penting yang boleh dikemukakan oleh pemikiran kritis Islam kepada pendidikan
kejuruteraan di Malaysia memandangkan kebanyakan fakulti kejuruteraan ini menyedari
akan kepentingan pemikiran kritis dan memasukkannya ke dalam kurikulum pengajian
mereka. Oleh itu, penerapan elemen-elemen pemikiran kritis Islam ke dalam kurikulum
kejuruteraan akan dapat memberikan inspirasi kepada bakal-bakal jurutera Muslim bagi
menghayati visi ajaran Islam ke dalam masyarakat melalui rekaan sistem dan peralatan
mereka demi memupuk pembangunan masyarakat yang hannoni dan seimbang. Selain
itu, kajian ini juga akan meneliti dan menganalisa persepsi mahasiswa kejuruteraan
Muslim terhadap pemikiran kritis Islam sebagai penyelidikan awal dan penerokaan bagi
mengukur tahap persepsi pelajar sebelum membuat apa-apa kesimpulan dan cadangan
pembaikpulihan. Kajian lapangan ini menggunakan kaedah penyelidikan campuran
yang menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua pengumpulan
data soal selidik dan sesi temu bual telah dijalankan semasa sesi kuliah di beberapa
kampus universiti. Tinjauan soal selidik ini telah dijalankan menggunakan kaedah
persampelan rawak kelompok yang melibatkan 557 orang pelajar kejuruteraan Muslim
daripada empat universiti awam (Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya) dan dua
universiti swasta (Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Tenaga Nasional).
Data kajian soal selidik kemudiannya telah dianalisa menggunakan kaedah statistik
deskriptif dan inferensi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa
kejuruteraan Muslim di institusi pengajian tinggi Malaysia pada dasamya mempunyai
persepsi yang agak baik terhadap pemikiran kritis Islam. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa kebimbangan yang perlu ditangani khususnya dalam memahami sifat sebenar
elemen-elemen pemikiran kritis Islam di samping memahami bidang kejuruteraan
menurut pandangan alam Islam.

Item Type: Thesis (PhD.)
Departments / MOR / COE: Management and Humanities
Depositing User: Users 2053 not found.
Date Deposited: 12 Jul 2013 09:22
Last Modified: 15 May 2023 03:56
URI: http://utpedia.utp.edu.my/id/eprint/6627

Actions (login required)

View Item
View Item